|
dikir asli seni lagu ciptaan asli entah
apa-apaan roti
keju sapu belacan ..
ayam itik satu reban ulat
tanah celah papan sirip pelaga
jendul luohan rebut
takhta tangki ikan.. cucu.tengok.tok cucu.tok.ni. dah.bongkok cu.tengok.ni.tok.tunduk. ketap
paruh walau berlainan suara tetap
teracu ke arah sama entah
apalah yang dibicara haiiiiiiii.. ayam
patuklah papan.. itik mula sudulah … ulat
tanah masih lagi merah kembang
sirip biar berbeza warna insang
tetap gerbang nyawa tempat
keluar masuk udara haiiiiiiii.. pelaga
terus lagalah.. luohan tikamlah angka …
tangki tak besar pindahlah ke lukah |
yengki ini
kisah pintu rezeki tak
pernah dimangga dikunci di
dalam reban di dalam tangki di
atas pentas sayembara seni |
|
|
karut kelantan masih
merah lagi percik
sentil Ipen Ana pesanannya
belum basi rezeki
di mana-mana merah
jari kesan kuti Agil
pemain rebana “hentak
kalau ikut hati urat
tangan yang merana” masih
merah telinga ini masih
sangkak bulu roma awok-awok
kanan kiri sambut
Dolah Anak Singa kini
suara yang menyinggah suara-suara
yang menyanggah bikin
mata.. hati.. merah kena
salai tubi lidah!!! masih
merah kuku kaki kesan
ketar dingin pentas masih
calar hati ini kena
lontar cabai pedas ahai…
jauhnya meleset merah
ku sangka menyilau kini
hatiku melecet nampak
merah walhal hijau mungkin
merah belum jadi merah
masih suku mentah mungkin
merah lebih inti merah
hingus campur cuka!!! |
||
|
pattani merah ..
al-kisah ..
satu juadah yang masih merah .. nak
rebutkan piala sebuah ..
ayam itik bertelagah “itu
ulat aku yang punya” pelaga
luohan bertengkarah “itu
tangki aku yang punya” ..
walhal dapat dikongsi sama satu
patuk satu sudu ulat kerat setengah habis
cerita satu
ke tangki biru satu ke tangki jingga tak
cukup besar? selam
sahaja ke dalam belanga |
||
|
wau bulan wau
bulan teraju
tiga kali
ini bukan pulang buru kegemilangan mengubat
rindu di pentas tercinta dah
tiada lagi yang hendak dipertahankan dah
lerai rindu hendak jatuh jatuhlah
Senikata: KelKatu “tiada niat mengigal/mengigau sekadar melepas rindu.. cinta nan satu ini” |
||
|
matang ayam
damailah.. itik damailah luohan,
pelaga.. dan saudara seni bercakar
tak guna sendiri yang parah berlaga
sesama membunuh kaum sendiri berpaling
muka demi piala sebuah retaklah
ukhwah.. pincanglah seni kikis..
sucikan.. merah amarah di
mana usaha di situ rezeki |