Assalamualaikum..

 

Naskah ini dipilih sebagai yang terbaik kerana kelainan penulis mengupas tema.  Penggunaan watak Hynah (hyena) sebagai anekdot atau analogi kepada “dari mulut ke mulut, hati ke hati”.  Hyena, sebagai watak sebenar adalah haiwan yang makan bangkai, terkenal kerana ketawanya (laughing hyena).  Selain itu, pemilihan kata amat baik dan berkesan (retorik).  Naskah mungkin dapat diperbaiki sekiranya dapat diselitkan unsur-unsur lucu atau diksi yang lebih ringan untuk memudahkan penghazaman minda.

 

Beberapa naskah lain yang turut menarik perhatian ialah naskah-naskah daripada Andika (kes orang jatuh cinta); Dendang Mutiara, Neng Nyno dan Panjy (ijab kabul, semenda dan perkara-perkara yang berkaitan); Merpati Puteh 27 (jual beli di lorong-lorong gelap); Deq Bongsu (falsafah di sebalik pantang larang orang Melayu); dan Ching Ching Ching (ahli mesyuarat tingkap).

 

Masih lagi terdapat naskah yang agak keterlaluan di dalam penggunaan bahasa.  Kurang sopan, saya rasa, jika penulis/pendikir menggunakan ungkapan seperti “Saya nampak awak punya…”.  Mungkin tujuannya untuk membangkitkan lawak, tetapi lawak seperti itu di dalam kategori lucah.

 

Sebuah lagi kumpulan yang mungkin dapat diampunkan kerana saya rasa ditulis akibat kekeliruan.

 

“Mulut disuap pisang, buntut dikait onak”.  Dan bukan “Mulut disuap pisang, p***at dikait onak”.  Maaf, saya tak berani menulis perkataan yang sebenarnya.

 

Syabas kepada Farihan Bahron, Penulis Naskah Hynah – Banjingan Malam untuk kumpulan Keponakan 22.  Juga kepada penulis-penulis yang lain kerana berjaya membangkitkan persaingan.

 

 

Salam kopi halia

 

KelKatu

 


:: HYNAH::

kisah banjingan malam

(kepoNakaN22 I KM Tampines Barat)

den gan bertemakan ‘dari mulut ke mulut, darihati ke hati’

juara

dalam diam di atas mimbar langit bulan bersemayam

taringmu dijilat diketap digilap diasah meruncing tajam

matamu merah menilik kelam, engkaulah rahsia dada malam

alam hilai ada kejam dalam tawa ada kesumat dendam

 

saat syamsu karam di telunjuk purnama

sangkar mendodoi lena camar senja

tika mata rimba memejamkan daya

Hynah senyap melangkah mencari mangsa

 

mana sisa dagingnya separuh dilapah

mana serpih tulangnya nan sudah dipatah

mana bangkainya segar merah berdarah

dan Hynah mengilai... Iahapnya meratah

 

yengki

yang dah longlai yang terbengkalai

yang berkecai yang tersadai

daging tulang juga belalai

santapan hanyir sisa bangkai

 

tak payah tabur mawar dan pacai

tak usah kalung si bunga rampal

dipanggil ayah ibu dan handai

teman serimba diratah berdamai

 

kelantan

bagai talam dua muka

kepala yu ikan pari

satu jasad dua rasa

lain di mulut lain di hati

 

depan kita Hynah tunduk

ajak canda geli hati

sudah memang dasar dubuk

dalam leka dia menanti

 

tunggu singa terkam kancil

atau Rimau baham kijang

baru Hynah lompat kecil

bagai polong tak berjinjang

 

pattani

banyak ketawa geli hati

banyak ketawa tersedu nanti

 

pandai kau bisukan ngauman ngeri

pandai kau semat kuku dan taring sekuat besi

pandai kau bertopeng rakan, pijak semut tak mati

bila bersua engkau lebih sibuk tayang gigi

tak siapa tahu ada peria seladang kau tanam dalam hati

 

tatkala temanmu rebah digamit mati

di mana ada bangkai di situ Hynah berjoli

lazat sungguh makan teman sendiri

bagai hidangan istimewa, dah licin, dicari lagi

inikah adat alam... yang sampai di mulut namun tak sampai di hati

 

matang

alahai Hynah... kau cuma rajin tanam tebu di bibir mulut

tampak manis sekadar penghias hati lumat berlumut

 

dan mulut ke mulut dekahmu mengilai tanpa surut

dari hati ke hati di situlah terpendam dedak berparut

 

dari mulut ke mulut dilihat teman tumpas dahi berkerut

dari hati ke hati engkau sebenarnya tawa pecah perut

 

wau bulan

cak tili Kuala Pilah

dia datang Si 22

 

kisah si hynah si banjingan malam dikait kisah

buat cerita kiasan tema